Rabu, 5 Mei 2010

Sedap dimakan petang

ROTI PITA

Bahan doh:

2 cawan tepung gandum

1 s/t garam

1 s/t gula pasir

1 s/t yis kering

1/2 cawan air suam

1 s/b minyak masak

cara:

- masukkan tepung&yis gaul rata.masukkan minyak.gula&garam dimasuk dlm air suam kacau sampai larut selepas itu tuang dlm tepung tadi.uli sampai jd doh klu lembik tambah tepung klu keras tambah air.doh ni mesti x lekat pada tangan br jd.

- biar dlm10 mint.selepas itu bahagikan tepung untuk dileperkan jd bulat.nipiskan tepung td.

- panaskan oven dlm 10mint selepas itu masukkan tepung yg telah dinipiskan td n bakar.

- selalunye tepung td akan gelembung dlm 1o mint angkatla.

- potong roti yg bulat td menjadi separuh & bukala kt dalam dia mcm poket..hehe...



(em..intinye ikut selera sendiri ye tp eida suka simple je.suami suka tu yg syok tu)

Bahan inti:

2 kpg daging burger di dadu ikut suka besar

serbuk lada sulah

serbuk cili

secubit ajinamoto(tak letak pn x pe)ikut selera

secubit garam

sedikit air

sedikit minyak untuk goreng



kubis

tomata

salad

bwg besar

mayonis

sos cili



cara:

-panas minyak dan masukkan daging td.goreng sampai garing.masukkan lada sulah,serbuk cili,aji,garam&air.masak sehingga kering.air jgn bnyk dia untuk larutkan garam je...

-sayuran ni ikut selera masing2 nk letak bnyk ke ckit.potong tipis2.masukkan dlm sos &mayonis dlm semua sayur dan gaul selepas itu mskkn daging yg tlh digoreng td.masukkan lah semua ini dlm poket roti td n siap untuk makan...


ROTI JALA


2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn susu cair@santan pn boleh
1 cwn air
1 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna kuning/kunyit
1 sb minyak masak

cara2nya:
-masukkan semua bahan dalam blender dan blen sehingga semuanya sebati kalau terasa pekat tambah sedikit air@susu.
selepas itu tapis dlm mangkuk.
-panaskan kuali dgn api sederhana..zai kalau wt zai guna kuali yg x lekat jd x payah la guna minyak utk.masak.kalau guna kuali biasa gunalah sedikit minyak supaya tidak berlekat.
- selepas itu leh la tebar jala nyer..hehe...bukan jala tepung lah...
- setelah nampak tepung bertukar warna leh la angkat x payah nk balikkan nyer.
- so leh la gulung @lipat suka hati nk wt bentuk camne...zai gulung je...
(sowi pic x sempat masuk)tp semua tau kan bentuk & warna roti jala kan.....

***sodap dimakan dgn kari ayam @ daging.my hubby selalu bw g keja mkn dgn.kwn2 keja dia.cubalah..

SuGaR ''YuMmY...yUmMy''

KEK COKLAT LEMBAB (KUKUS)


Bahan-Bahan:


1 cawan serbuk koko


1 cawan gula pasir


1 cawan susu cair


1 cawan minyak masak


1/2 cawan susu manis


1 1/4 cawan tepung gandum


1 tsp baking powder


1 tsp soda bicarbonate


3 biji telur
Cara :


-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.


-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.


-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.


-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).


-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.


-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.


-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.


-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.
















KEK PANDAN CHIFFON

BAHAN A:
150gm tepung superfine
150gm gula kastor
5 biji telur
1 s/b ovellet
1 s/t baking powder
1/2 s/t garam

BAHAN B:
80ml air daun pandan
80ml minyak masak/mentega cair
sedikit pewarna hijau

cara:
- satukan semua bahan A dlm mixer dan putar pada kelajuan tinggi sehingga betul2 kembang.
- selepas kembang masukkan air daun pandan n pewarna.pukul lagi dan akhir sekali masukkan minyak/ mentega cair.pukul sehingga kembang dgn kelajuan yg tinggi..
- panaskan oven suhu 175c dlm 10min.griskn loyang dan mskkan adunan td.bakar sehingga msk lebih kurang 30-40 min.
- selepas kuar dr oven terbalikkan kek atas redai supaya kek tak turun @ jd mampat..