GuLaI AyAm

Bahan2nya:
(ni zai anggarkan je ye sebab zai kalau masak ikut sedap tangan je masuk benda2 ni)
(A)
500 gm ayam(dicuci bersih)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 inci belacan
1/2 peket rempah daging(kalau mak rempah di buat sendiri..giling)
3-4 sbr serbuk cili
5 sbr kerisik
(b)
1/2 biji kelapa(ambil santannya)**ikut kepekatan yg diinginkan
(C)
sedikit daun kari
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 btg kulit kayu manis
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
3 ulas bawang merah(dimayang halus)
minyak utk.menumis
sedikit garam
sedikit gula
2 biji kentang dipotong 4 bahagian.
cara buatnya:
bahan A dikisar halus kecuali ayam lah.selepas dikisar masukkan ke dalam ayam yg telah dibersih tadi.biar dlm 15 minit.sementara itu panaskan minyak,tumiskan bahan C sehingga kekuningan.selepas itu masukkan ayam yg.telah diperap td.tunggu sehingga ayam td keluarkan airnya.selepas itu masukkan kentang yg telah dipotong td.selepas air ayam td hampir2 nak kering,masukkan santan dan biarkan menggelegak seketika,kecilkan api supaya pecah minyak
(zai x berapa suka sangat pecah minyak ni ala kadar je sebab nk makan dgn roti jala).masukkan garam&gula secukup rasa.setelah masak matikan api & siap utk.dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan