Rabu, 5 Mei 2010

SuGaR ''YuMmY...yUmMy''

KEK COKLAT LEMBAB (KUKUS)


Bahan-Bahan:


1 cawan serbuk koko


1 cawan gula pasir


1 cawan susu cair


1 cawan minyak masak


1/2 cawan susu manis


1 1/4 cawan tepung gandum


1 tsp baking powder


1 tsp soda bicarbonate


3 biji telur
Cara :


-Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.


-Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.


-Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak bersama.


-Telur dipukul hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).


-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.


-Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.


-Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.


-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache.
















KEK PANDAN CHIFFON

BAHAN A:
150gm tepung superfine
150gm gula kastor
5 biji telur
1 s/b ovellet
1 s/t baking powder
1/2 s/t garam

BAHAN B:
80ml air daun pandan
80ml minyak masak/mentega cair
sedikit pewarna hijau

cara:
- satukan semua bahan A dlm mixer dan putar pada kelajuan tinggi sehingga betul2 kembang.
- selepas kembang masukkan air daun pandan n pewarna.pukul lagi dan akhir sekali masukkan minyak/ mentega cair.pukul sehingga kembang dgn kelajuan yg tinggi..
- panaskan oven suhu 175c dlm 10min.griskn loyang dan mskkan adunan td.bakar sehingga msk lebih kurang 30-40 min.
- selepas kuar dr oven terbalikkan kek atas redai supaya kek tak turun @ jd mampat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan